Monday, September 7, 2009

Sayidatina Fatimah r.a (Akhir)

Namun, pernah suatu hati, Sayidatina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesalahannya., Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali.
Ketiaka dilihatnya raut suaminya tidak juga berubah. Lalu dengan berlari-lari bersama anaknya mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon maaf. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.
Mengetahui peristiwa itu Rasulullah berkata kepada anaknya Fatimah: Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkan kamu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu.
Begitu tinggi kedudukan suami yang ditetapkan Allah s.w.t sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sopan ketika berhadapan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidatina Fatimah Fatimah itu bukanlah disengaja. bukan juga ia membentak-bentak, marah-marah, meninggalkan suara, bermasam muka, atau lain-lain yang menyusahkan Sayidina Ali k.w meskipun demikian Rasulullah s.a.w berkata begitu terhadap Fatimah.
Ketika perang Uhud, Sayidatina Fatimah ikut merawat luka Rasulullah. Ia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penaklukan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan Haji Wada pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah s.a.w telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.a membuatkan ia menitiskan air mata lalu menangis, kemudian Nabi s.a.w membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.
Ia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa ialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa' gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi s.a.w dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.
Demikianlah wanita utama, agung dan namanya harum tercatat dalam Al-Quran , disusahkan hidupnya oleh Allah s.a.w. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana ia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah meraka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk dan rendah diri, tawakal dan lain-lain.
Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertakwa kepada Allah s.w.t. Malah, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, Mereka terasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri meraka menderita...

Tamat.

Saturday, September 5, 2009

Sayidatina Fatima r.a (part2)

Pada suatu hari, ketika ia sedang tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu menceritakan kesusahan hidupnya itu kepada Rasulullah s.a.w . Betapa dirinya sangat letih bekerja, mengangkat air , memasak serta merawat anak-anak. Ia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, Kalau boleh diediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah s.a.w merasa terharu terhadap penanggungan anaknya itu.
Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu didunia untuk memberi kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya. Lalu dipujuknya Fatimah r.a. sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah . Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan tadbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan.
Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah s.w.t mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatima tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga ia meminta-minta hingga menyusahkan suaminya.
Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghalang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Ia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Ia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita.Bahkan ia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang sepadan sekali dengan pasangannya Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali terkenal dengan kemurahan hatinya hingga digelar sebagai "Bapa bagi janda dan anak yatim di Madinah.

Bersambung... part3 (akhir)

Friday, September 4, 2009

Ketabahan Sayidatina Fatimah r.a

Ia dibesarkan dalam suasana kesusahan. Ibundanya meninggal ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas mengurus rumahtangga seprti memasak, mencuci dan menguruskan keperluanayahandanya.
Disebalik kesibukannya itu, ia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggungnya akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula mengalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajah dan beribadah kepada Allah s.w.t. Malam-malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan singnya pula dengan sembahyang, puasa,membaca al-Quran dan lain-lain. Setiap hari, suaranya yang halus mengalunkan irama Al-Quran.
Pada masa umurnya mencapai 18 tahun, ia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan kerana kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah s.a.w.
Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah s.a.w , ia diamanahkan untuk berada di barisan depan dalam tentera Islam.
Ia digelari dengan Singa Allah. Dari itu seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun ia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatima r.a , saat -saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah s.w.t untuk mencari kasih-Nya , melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.
Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi kawannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hasan, Husain, muhsin, zainab dan umi kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapat air, berjalanlah ia sejauh hampir dua batu, ia mengambilnya dari sumur yang dalamnya 40 hasta bahkan di tengah teriknya panas mentari padang pasir. Kadang-kadang , ia lapar sepanjang hari. Sering ia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang dadanya.

Bersambung ....

Thursday, September 3, 2009

Air Mata Anak-Anak Yatim

Jibril, Kerbau, Kelawar dan Cacing

Pada suatu hari Allah s.w.t. memerintahkan malaikat Jibril a.s untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau. ia menyatakan pada si kerbau apakah ia senang telah diciptakan Allah s.w.t sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril a.s segera pergi menemui si Kerbau.
Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril a.s mendatanginya kemudian bertanya pada si kerbau: Wahai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai seekor kerbau. Si kerbau menjawab: Masya-Allah, alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menjadikan saya sebagai seekor kerbau , daripada saya dijadikan-Nya saya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan air kencingnya sendiri. Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril a.s segera pergi menemui seekor kelawar.
Malaikat Jibril a.s menemui seekor kelawar pada waktu siang ketika sedang tidur bergantungan di dalam gua. Kemudian bertanya pada si kelawar. "Wahai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai seekor kelawar. Masya-Allah, alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menjadikan saya sebagai seekor kelawar daripada saya dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil,tinggal di dalam tanah, berjalannya sahaja menggunakan perutnya, jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril a.s segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.
Malaikat Jibril a.s bertanya pada si cacing: wahai cacing apakah kamu senang telah dijadikan Allah s.w.t sebagai seekor cacing. Si cacing menjawab, Masya-Allah, alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menjadikan saya sebagai seekor cacing , daripada dijadikan-Nya saya sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki IMAN yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati nanti mereka akan diseksa selama-lamanya.

Renungkan...

Wednesday, September 2, 2009

GHIBAH DAN PUASA

Daripada "Ubaid r.a, ia berkata: Di masa Rasulullah s.a.w., beliau memerintahkan orang-orang berpuasa selama satu hari. Lalu mereka pun berpuasa. Saat itu ada dua orang wanita berpuasa, dan mereka sangat menderita kerana lapar dan dahaga pada petang harinya. Kemudian kedua0dua wanita itu mengutus seseorang menghadap Rasulullah s.a.w untuk meminta izin bagi kedua-duanya supaya dibenarkan menghentikan puasa mereka.
Sesampainya utusan tersebut kepada Rasulullah s.a.w beliau memberikan satu mangkuk kepadanya untuk diberikan kepada kedua-dua wanita tadi. Rasulullah s.a.w menyuruh supaya kedua-duanya memuntahkan isi perutnya ke dalam mangkuk itu. Ternyata kedua-dua wanita tersebut memuntahkan darah dan daging segar sehingga penuh mangkuk tersebut. Orang-orang menyaksikannya kehairanan. Dan Rasulullah s.a.w bersabda: Kedua-dua wanita ini berpuasa terhadap makanan yang dihalalkan Allah tetapi membatalkan puasanya itu dengan perbuatan yang diharamkan oleh-Nya. Mereka duduk bersantai sambil mengumpatkan orang-orang lain. Maka itulah daging-daging mereka yang diumpatkannya. (Hadis Riwayat Ahmad)
Orang yang mengumpat dan mendengar umpatan, kedua-duanya bersekutu dalam perbuatan dosa. (Hadis Riwayat At-Tabarani). Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita dusta dan banyak memakan yang haram. (Al-Quran Surah Al-Maidah:42)
Allah s.w.t berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah suka salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. (Al-Quran Surah Al-Hujuraat:12)
Prasangka lebih banyak merugikan daripada menguntungkan, bahkan sering juga merugikan kerana ia tidak boleh dijadikan pegangan untuk bertindak.