Daripada "Ubaid r.a, ia berkata: Di masa Rasulullah s.a.w., beliau memerintahkan orang-orang berpuasa selama satu hari. Lalu mereka pun berpuasa. Saat itu ada dua orang wanita berpuasa, dan mereka sangat menderita kerana lapar dan dahaga pada petang harinya. Kemudian kedua0dua wanita itu mengutus seseorang menghadap Rasulullah s.a.w untuk meminta izin bagi kedua-duanya supaya dibenarkan menghentikan puasa mereka.
Sesampainya utusan tersebut kepada Rasulullah s.a.w beliau memberikan satu mangkuk kepadanya untuk diberikan kepada kedua-dua wanita tadi. Rasulullah s.a.w menyuruh supaya kedua-duanya memuntahkan isi perutnya ke dalam mangkuk itu. Ternyata kedua-dua wanita tersebut memuntahkan darah dan daging segar sehingga penuh mangkuk tersebut. Orang-orang menyaksikannya kehairanan. Dan Rasulullah s.a.w bersabda: Kedua-dua wanita ini berpuasa terhadap makanan yang dihalalkan Allah tetapi membatalkan puasanya itu dengan perbuatan yang diharamkan oleh-Nya. Mereka duduk bersantai sambil mengumpatkan orang-orang lain. Maka itulah daging-daging mereka yang diumpatkannya. (Hadis Riwayat Ahmad)
Orang yang mengumpat dan mendengar umpatan, kedua-duanya bersekutu dalam perbuatan dosa. (Hadis Riwayat At-Tabarani). Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita dusta dan banyak memakan yang haram. (Al-Quran Surah Al-Maidah:42)
Allah s.w.t berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah suka salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. (Al-Quran Surah Al-Hujuraat:12)
Prasangka lebih banyak merugikan daripada menguntungkan, bahkan sering juga merugikan kerana ia tidak boleh dijadikan pegangan untuk bertindak.
1 comment:
salam...
alhamdulillah, ada orang mengingatkan tentang hakikat puasa...ramai yang terlupa bahawa puasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga, tapi juga dari perbuatan dosa yang selalu kita lakukan tanpa sedar...ataupun kita sedar tapi masih melakukannya...maka puasa kita pun jadi sia-sia...
lapar betul puasa hari ni...agaknya aku pun tergolong dalam orang2 seperti itu...nauzubillah...
Post a Comment