Monday, September 7, 2009

Sayidatina Fatimah r.a (Akhir)

Namun, pernah suatu hati, Sayidatina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesalahannya., Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali.
Ketiaka dilihatnya raut suaminya tidak juga berubah. Lalu dengan berlari-lari bersama anaknya mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon maaf. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.
Mengetahui peristiwa itu Rasulullah berkata kepada anaknya Fatimah: Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkan kamu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu.
Begitu tinggi kedudukan suami yang ditetapkan Allah s.w.t sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sopan ketika berhadapan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidatina Fatimah Fatimah itu bukanlah disengaja. bukan juga ia membentak-bentak, marah-marah, meninggalkan suara, bermasam muka, atau lain-lain yang menyusahkan Sayidina Ali k.w meskipun demikian Rasulullah s.a.w berkata begitu terhadap Fatimah.
Ketika perang Uhud, Sayidatina Fatimah ikut merawat luka Rasulullah. Ia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penaklukan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan Haji Wada pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah s.a.w telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.a membuatkan ia menitiskan air mata lalu menangis, kemudian Nabi s.a.w membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.
Ia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa ialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa' gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi s.a.w dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.
Demikianlah wanita utama, agung dan namanya harum tercatat dalam Al-Quran , disusahkan hidupnya oleh Allah s.a.w. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana ia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah meraka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk dan rendah diri, tawakal dan lain-lain.
Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertakwa kepada Allah s.w.t. Malah, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, Mereka terasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri meraka menderita...

Tamat.

2 comments:

Anonymous said...

Hi nasa...apa khabar? nice your blog

si libra said...

salam,
sangat bagus membaca sesuatu tentang kemuliaan wanita yang bertakwa...
terasa diri ini begitu kerdil...