Thursday, September 3, 2009

Jibril, Kerbau, Kelawar dan Cacing

Pada suatu hari Allah s.w.t. memerintahkan malaikat Jibril a.s untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau. ia menyatakan pada si kerbau apakah ia senang telah diciptakan Allah s.w.t sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril a.s segera pergi menemui si Kerbau.
Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril a.s mendatanginya kemudian bertanya pada si kerbau: Wahai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai seekor kerbau. Si kerbau menjawab: Masya-Allah, alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menjadikan saya sebagai seekor kerbau , daripada saya dijadikan-Nya saya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan air kencingnya sendiri. Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril a.s segera pergi menemui seekor kelawar.
Malaikat Jibril a.s menemui seekor kelawar pada waktu siang ketika sedang tidur bergantungan di dalam gua. Kemudian bertanya pada si kelawar. "Wahai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai seekor kelawar. Masya-Allah, alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menjadikan saya sebagai seekor kelawar daripada saya dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil,tinggal di dalam tanah, berjalannya sahaja menggunakan perutnya, jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril a.s segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.
Malaikat Jibril a.s bertanya pada si cacing: wahai cacing apakah kamu senang telah dijadikan Allah s.w.t sebagai seekor cacing. Si cacing menjawab, Masya-Allah, alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menjadikan saya sebagai seekor cacing , daripada dijadikan-Nya saya sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki IMAN yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati nanti mereka akan diseksa selama-lamanya.

Renungkan...

1 comment:

si libra said...

salam...

memang sukar untuk menjadi seorang yang bersyukur atas apa yang kita terima...walaupun kita tahu itu yang sepatutnya dilakukan...terkadang kita merasakan hidup ini sangat tidak adil...apabila melihat orang lain yang kurang berusaha, hanya bersandarkan pada kata-kata manis tetapi peroleh rezeki melimpah ruah...sedang kita yang kuat berusaha, dan sentiasa cuba berlaku sejujur yang mungkin, tetapi masih sukar untuk menemui kehidupan yang diidamkan...

nauzubillah...manusia memang sukar untuk bersyukur...kita selalu lupa bahawa Tuhan selalu menguji umat yang disayanginya...sebab nanti Dia akan memberi kita ganjaran yang tak ternilai...